KAD MEDIKAL I-GREAT EVO

Melalui post sebelum ini saya ada kongsikan tentang kad medikal standalone I-Great Mediharapan yang sesuai diambil oleh mereka yang on budget tetapi cakna akan pentingnya kad medikal. Kali ini saya ingin kongsikan pula kad medikal terbaik kami yang menyeluruh. Kad medikal ini adalah rider yang boleh dipilih untuk ditambah kepada polisi asas iaitu hibah. Polisi I-Great Evo ini mengetengahkan hibah sebagai asas polisi, manakala kad medikal, perlindungan sakit kritikal, perlindungan kemalangan, penepian sumbangan (jika hilang upaya, operator akan tolong bayarkan 😍) dan manfaat hospital adalah rider-rider yang boleh ditambah jika mahu. Posting kali ini saya fokuskan kepada jumlah hibah minimum dan rider kad medikal sahaja.


*Jika anda berminat untuk menambah semua rider, boleh hubungi saya di sini untuk saya keluarkan quotation.


Cuba baca manfaat-manfaat di bawah, menarikkan?!! Overall medical limit (OML) tu boleh menjangkau RM2750000 (RM2.75juta) tau.

Plan kad medikal I-Great Evo ini anda boleh design mengikut keperluan dan kehendak anda. Kad medikal ini mempunyai 3 jenis plan; plan 150, plan 200 dan plan 300.


Deduktibel

Ramai yang masih belum tahu deduktibel itu apa. Selalu dengar, tapi tak pasti maksudnya kerana belum pernah ada kad medikal. Deduktibel adalah jumlah wang yang anda perlu bayar dahulu sebelum operator takaful mula membayar kos rawatan anda.

πŸ’₯Contoh:

Deduktibel kad medical anda adalah RM500.

Jika bil hospital anda RM7000.

πŸ‘‰ Anda bayar RM500 dahulu,

πŸ‘‰ Baki RM6500 akan dibayar oleh operator takaful.


Untuk I-Great Evo, anda boleh pilih deduktibel RM500, RM1000, RM2000 dan RM5000. Jumlah deduktibel akan berkurang sebanyak 50% jika tiada tuntutan selama 5 tahun berturut-turut. 

Tips: Lagi besar jumlah deduktibel, premium bulanan anda akan semakin murah.


Bilik hospital

*Bilik hospital akan mengalami kenaikan 20% setiap 5 tahun dan ini tertakluk kepada tiada tuntutan.

Plan 150:    Harga bilik RM150-300

Plan 200:    Harga bilik RM200-400

Plan 300:    Harga bilik RM300-600


Overall Medical Limit (OML)

OML asas akan mengalami kenaikan 10% setiap 2 tahun tertakluk kepada tiada tuntutan. Tambahan RM2juta ditambah ke atas OML asas melalui I-Medi Shield Booster Rider.

Plan 150:    (OML asas RM100000 hingga RM300000) + RM2juta = MAX RM2.3juta

Plan 200:    (OML asas RM200000 hingga RM600000) + RM2juta = MAX RM2.6juta

Plan 300:    (OML asas RM250000 hingga RM750000) + RM2juta = MAX RM2.75juta


**Sekarang ni ada kempen #OHMYLIMIT 2+2, kempen ni menggandakan jumlah OML sehingga RM4.75juta!!!! Kempen sah sehingga 30 APRIL 2025 ini!


Polisi kad medikal ini bagi saya adalah yang terbaik. Kekayaan yang paling bawah adalah wang ringgit, kekayaan yang tinggi darjatnya semestinya adalah kesihatan. Ketepikan 5-10% pendapatan bulanan anda untuk takaful. Mungkin hari ni takaful membebankan kewangan anda, tetapi yang pasti suatu hari nanti akan memerdekakan kesihatan anda.

Hubungi saya di sini untuk bertanya lebih lanjut.

Brosur boleh dibaca di sini.