Mencari semula haluan

Untuk memulakan tulisan saya hari ini, pada mulanya saya ingin menulis umur saya untuk dikaitkan dengan pengalaman hidup saya, niat saya terhenti apabila terkenangkan suatu nasihat ini dimana usia, status kewangan dan kebahagiaan hidup perlu kita rahsiakan. Sebagai seorang Islam, kita harus percaya mewar-warkan hal peribadi boleh menarik penyakit ain melalui rasa kagum atau dengki manusia yang melihatnya. Wallahualam.


Haluan setakat hari ini


Buat yang tidak mengetahui, saya mempunyai seorang anak istimewa berusia 10 tahun, tahun ini. Anak saya didiagnosis sebagai cerebral palsy (mild) dan GDD (global developmental delay). Jadi ini menyebabkan saya membantutkan niat saya untuk mencapai life goal saya dan memilih beberapa pekerjaan yang boleh saya sesuaikan dengan kekangan gerakan yang saya ada. Selepas 2 tahun kelahiran anak istimewa saya Ayden pada 2017, saya membuat keputusan untuk menceburi bidang hartanah. Saya bermula dengan menyertai agensi fokus rumah projek. Beberapa lama kemudian, setelah saya yakin akan selok belok menjual rumah, pada 2018 saya terpanggil untuk mengambil lesen REN untuk melayakkan saya masuk menjual/menyewakan hartanah di pasaran kedua (second market). Pada ketika itu, farming areas saya adalah sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. Namun, ketidakstabilan ekonomi selepas Covid tempohari mencampakkan saya dan keluarga ke Johor Bahru apabila syarikat dimana suami bekerja tidak mempunyai projek baru dan kenaikan gaji yang sedikit diberikan. Rupanya berpindahnya kami di Johor Bahru adalah blessings in disguise. Allah beri rezeki yang tidak disangka-sangka selama kami di sini. Saya sudah tidak lagi menjadi perunding hartanah sejak 2023 dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Akhir-akhir ini Allah datangkan pula pembantu rumah untuk keluarga kami, yang meringankan beban kerja saya di rumah. Ayden masih memakai lampin pakai buang, jadi kini sudah ada yang hari-hari menjaga keperluan Ayden. Alhamdulillah, Allah Maha Baik.


Mencari haluan 'BARU'


Cabaran hari ini berbunyi lain. Lain kerana menjadi suri rumah bukanlah suatu perkara yang menyeronokkan tambahan pula saya tinggal di negeri lain jauh dari keluarga. Saya fikir adalah baik jika saya menceburkan diri semula dalam bidang hartanah di Johor Bahru tetapi mindset kehidupan saya sudah berbeza. Saya ingin masa untuk solat lebih lama dan mengaji lebih banyak. Saya ingin berada di rumah untuk saya cakna akan apa yang terjadi di rumah. Mengetahui bahawa menjadi suri rumah itu dapat melindungi saya daripada banyak ancaman agama, saya berbelah bagi. Sebelum kehadiran Ayden, saya adalah seorang guru di salah satu sekolah antarabangsa. Saya memiliki ijazah Sarjana Sains Kejuruteraan (Nanoteknologi) yang membuat saya berfikir untuk menjadi guru semula. Namun, sebagai seorang INFJ, saya masih tidak pasti jika itu adalah perkara terbaik yang patut saya lakukan, kerana komitmen waktu bekerja yang tetap.

Ketika saya sedang berhenti menaip dan mahu menunaikan solat Asar tadi tiba-tiba suami saya menghantar mesej melalui Whatsapp mengatakan ada kawannya ingin mengambil hibah RM1juta. Ya Allah, Allah menjawab dengan pantas persoalan saya hari ini. Mungkin inilah landasan yang patut saya lalui. Sebenarnya saya sudah menceburi bidang Takaful ini sejak awal tahun ini. Untuk melayakkan saya meneruskan profession ini, saya perlu membuat beberapa jumlah sales dalam masa setahun ini. Doakan Allah kabulkan permintaan saya untuk masih berada dalam bidang takaful. 

Alhamdulillah, sambil-sambil menaip ni Allah bagi saya motivasi untuk bekerja. 

Doakan saya!!!!



Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Catat Ulasan